Ahad, 24 Februari 2013
SATU LINTASAN PEMIKIRAN
Salam untuk semua....
Dalam kehidupan, kita adalah hamba yang sangat kerdil di sisi yang Esa. Namun Allah SWT telah memilih kita sebagai hambanya yang mulia. Diberikan kita akal untuk berfikir. Dilantiknya kita sebagai khalifah di muka bumi. Diberikan segala nikmatnya untuk kita kecapi. Diberikan kita Rasul untuk membimbing kita. Diberikan kita Al-Quran sebagai bekalan dan panduan hidup. SubhanAllah betapa Allah SWT menyayangi kita sebagi hambanya. Sekali pun besar dosa kita selagi kita mempunyai iman, maka diampuni kita. Kasih sayang Allah tiada taranya.
Sayang sekali, kita sering lalai dan leka. Melihat kepada anak-anak di sekolah dengan kepelbagaian tingkah laku dan kesosialan yang melampau menyebabkan hati terdetik....masyaAllah kasihannya mereka. Sangat beruntunglah ibu bapa yang dianugerahkan Allah anak yang soleh dan solehah. Tapi anak-anak yang sedang aku hadapi ini majoritinya dilanda kebejatan soaial. Sebut sahaja apa yang tidak mereka lakukan...rasanya sebahagian besar melaluinya. Sangat takut dan bimbang melihat aktiviti sosial mereka....
Menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Hem, bukan satu tugas yang mudah. Menghadapi dari sekecil-kecil masalah disiplin sehinggalah sebesar-besar masalah. Adakalanya masalah tercipta akibat keruntuhan institusi keluarga pelajar. Siapa yang harus dipersalahkan? Anak-anak atau ibu bapa? Ada juga masalah yang dicipta oleh pelajar sendiri sedangkan mereka mempunyai ibu bapa yang sangat baik. Salah siapa? Media, rakan, teknologi atau siapa? Kehidupan zaman kini menuntun kita untuk berhati-hati dengan semua perkara. Informasi yang baik dan negatif sangat mudah diperolehi. Petik jari semuanya boleh diakses dan dilihat serta diketahui.
Hmmm...tanggungjawab kita sebagai pendidik, laksanakanlah setakat yang kita mampu. Ikhlas dalam mendidik bukan setakat mengajar. Mendidik tidak boleh secara totalnya dilakukan di dalam kelas semata. Di peringkat sekolah mendidik lebih berkesan jika dilaksanakan secara praktikalnya. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kurikulum di luar kelas (biasa disebut kokurikulum) harus dipergiatkan. Pembentukan sahsiah pelajar boleh dilentur, dibentuk dan di situlah satu cara untuk kita merapati pelajar, memahami diri mereka, mengetahui potensi dan bakat mereka serta menggalakkan mereka bersosial dengan cara yang sihat.
Sayangnya di sekolah, adakalanya kita teruja untuk mengejar kecemerlangan sehingga kita memberikan fokus utama kepada kepada kurikulum di dalam kelas dan mengabaikan kurikulum di luar kelas (kokurikulum). Maka hasilnya pelajar yang akan keluar akan menjadi pelajar yang tidak seimbang hidupnya. Emosi, rohani dan jasmaninya sangat kurang. Maka daya tahan dan juangnya juga sangat lemah. Apakah kita mengejar kecemerlangan atau kemenjadian pelajar?
Peranan Hem, bukan setakat menekankan kepada aspek disiplin, tetapi pembinaan insan itu sendiri. Bagaimana mahu melentur pelajar ini menjadi 'kemenjadian pelajar'. Maka sangat pentinglah kolaborasi dengan aktiviti kokurikulum, bina insan dan kaunseling supaya pelajar sentiasa rapat dengan guru dan mampu membangkitkan perkongsiaan masalah yang boleh menjurus kepada kemenjadian pelajar itu sendiri. Saya percaya sekiranya para ustaz dan ustazah melalui unit bina insannya proaktif merangka strategi merapati pelajar yang bermasalah, sentiasa dan tidak meninggalkan mereka (sentiasa melihat dan memantau perlakuan pelajar ini dan pada masa yang sama sering mentarbiah mereka) maka InsyaAllah mereka boleh diselamatkan. Sayangnya kadang-kadang kita merangka dan melaksana program membina insan, selesai program kita tidak langsung membuat 'follow up' terhadap mereka. Maka bagaimana kita mahu melihat dan mengetahui keberkesanan program kita? Seolah-olahnya, kita tidak peduli kerana mereka bukan anak kita. Tapi ingatlah kita bertanggung jawab terhadap mereka kerana kita guru dan itu adalah amanah untuk kita..........
MEMPROMOSIKAN HOME STAYKU....
Terletak di Taman Seri Impian, Jalan Kluang - Kota Tinggi. Lokasinya berhampiran Hospital Kluang yang baru. Jarak ke hospital 5 minit, ke SM Sains Sembrong 5 minit, ke bandar Kluang 10-15 minit dan ke kawasan rekreasi Gunung Lambak 10 minit.
Mempunyai kemudahan 3 bilik tidur, 2 bilik air, dengan dilengkapi kipas di setiap ruang tamu dan bilik.
Bilik utama mempunyai katil yang selesa,
Bilik kedua mempunyai katil double decker manakala bilik ketiga mempunyai katil bujang.
Ruang dapur mempunyai sebuah meja makan untuk enam orang, kabinet dapur, dapur memasak, pemanas air, periuk nasi, pinggan dan mangkuk serta peti ais.
Harga semalam RM 180.00. Berminat untuk menginap sila hubungi Raja Azman 0197576235
Ruang tamu dilengkapi peralatan seperti sofa L, kabinet tv dan sebuah televisyen.
Bilik utama mempunyai katil yang selesa,
Bilik kedua mempunyai katil double decker manakala bilik ketiga mempunyai katil bujang.
Ruang dapur mempunyai sebuah meja makan untuk enam orang, kabinet dapur, dapur memasak, pemanas air, periuk nasi, pinggan dan mangkuk serta peti ais.
Harga semalam RM 180.00. Berminat untuk menginap sila hubungi Raja Azman 0197576235
Sabtu, 23 Februari 2013
VISI DAN MISI SEKOLAH
Misi
Sekolah
SMK Perantau Damai berhasrat melahirkan pelajar yang cemerlang,
berkualiti, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan bakat
melalui pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu berlandaskan prinsip
ketuhanan.
SMK Perantau Damai mahu menjadi sekolah cemerlang daerah
Rompin menjelang 2015
LATAR BELAKANG SMK PERANTAU DAMAI
SMK Perantau Damai terletak di dalam gugusan Perantau
Damai yang merangkumi Perkampungan Felda Keratong 8, 9 dan 10 dan merupakan satu-satunya
sekolah menengah yang terdapat di gugusan ini. Kewujudannya pada tahun 1993 sebagai
sebuah sekolah harian biasa (luar Bandar) amat diperlukan oleh penduduk di
sekitarnya seperti Kota Bahagia (20km), Felda Keratong 08 (05km), Keratong
9 (8 km) dan Keratong 10 (03 km),
gugusan Chanis merangkumi Felda Keratong
6 dan 7 (40km), Felda Bera Selatan (60km). Dengan kapasiti penduduk dari
kawasan tersebut, SMK Perantau Damai pada awalnya telah menerima pelajar
sekitar 250 ke 300 orang pelajar. Seterusnya menjelang tahun 1996 pihak sekolah
terpaksa mewujudkan sistem persekolahan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang
apabila bilangan pertambahan pelajar menjadi hampir 1500 orang pelajar. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A dan mengalami pelbagai perubahan baik dari segi
landskapnya mahupun dari aspek fizikal. Kini SMK Perantau Damai mempunyai
kapasiti guru seramai 59 orang dengan bilangan pelajar seramai 680 orang
pelajar.
Dari segi prasarananya ketika awal pembukaannya pada
tahun 1993, hanya terdapat lima buah bangunan
yang terdiri daripada 26 buah billik darjah, sebuah pejabat, kantin,
perpustakaan, 6 buah makmal Sains, 3 buah bengkel Kemahiran Hidup dan 2 buah
bilik Sains Rumah tangga, 18 unit rumah guru dan sebuah padang permainan.
Peringkat awalnya
SMK Perantau Damai hanya mempunyai
seramai 15 orang guru termasuk pengetua di awal pembukaan sekolah. Jumlahnya
meningkat kepada 80 orang guru pada tahun 1996. Seiring dengan penambahan
jumlah pelajar maka bilangan guru terus ditambah sehingga menjadi seramai 120 orang dengan jumlah pelajar pada
ketika itu hampir 1700 orang pelajar. Dalam
tempoh tersebut SMK Perantau damai telah
dipimpin oleh seramai 07 orang pengetua seperti Jadual 1.0
Jadual
1.0 : Senarai Kepimpinan SMK Perantau Damai
Bil
|
Nama Pengetua
|
Tempoh Berkhidmat
|
|
Tahun Mula
|
Tahun Tamat
|
||
1
|
En. Abdul Wahab
Bin Taha
|
1993
|
1994
|
2
|
Pn. Hjh Rokiah Binti Mat Yaman
|
1994
|
1998
|
3
|
Pn. Hjh Hasiah Binti Wan Ali
|
1999
|
2005
|
4
|
En. Abd Raub Bin
Abdul Hamid
|
2005
|
2006
|
5
|
En. Idros Bin
Othman
|
2006
|
Jun 2006
|
6
|
En. Mohamad Rosli Bin Abdul Rahman
|
Jun 2006
|
2009
|
7
|
Pn. Hjh Nor
Adlah Binti
|
2009
|
Jun 2010
|
8
|
Pn. Hjh Maizun
Binti Jaafar
|
Julai 2010
|
Sekarang
|
Langgan:
Catatan (Atom)